Tuesday, November 17, 2009

terbiar mati,

diam.
diam.
diam.
sampai bila?

aku penat.
membiar dan terus diam.
biar aku dipijak di salahkan.
aku cuma berkawan.
aku diam menjaga hati orang.
aku diam kerana kawan.
aku biar aku di herdik biar di cerca.
aku di salah perkara yang bukan aku.
tapi sampai bila?
aku penat di pijak kepala.
semakin aku diam.
semakin hati aku terbiar matil.

aku melawan.

hidup ni macam itu macam ini.
manusia tak semua boleh bersuara.
yang bersuara ada kemungkinan hilang itu ini.
aku juga sama.
aku bersuara.
aku hilang kawan.

biar.
biar.
biar.

hati aku terbiar mati.
sampai masa aku membela diri.
mereka fikir mereka terlalu kuat.
kerana itu mereka pijak kepala kamu.
tapi mereka silap.

sekarang aku melawan.
biar aku hilang itu ini.
biar aku hilang kawan.
tapi yang penting aku benar.
aku biar mereka tahu.
yang salah itu bukan aku.
yang patut di herdik cerca bukan aku.
tapi diri mereka yang sial itu.

sekarang biar aku dengan cara aku.
aku penat menjaga hati orang sedang hati aku terbiar mati.

Monday, June 1, 2009

mana kamu kekasih aku

kekasih.
aku mencari kamu sekarang.
kamu tahu yang aku ni kosong.
tanpa kamu ada di sini.
mari pulang.
aku perlu kamu.
isi hari aku yang kosong.
aku tunggu kamu.
hari bulan tahun.
biar berapa lama juga.
mari pulang.
aku rindu.
ah! kusut!
hati aku cuma mau kamu.
cepat.
jangan biar lama aku terbiar.

Friday, May 22, 2009

kuatlah

hey kawan.
aku di sini.
siapa?
kawan kamu.
kita kawan baik bukan?
ya.
aku dengar kau ada problem?
betul?
mari.
aku di sini.
aku pinjamkan mata. hati. telinga.
ayuh! kau menangis aku menangis.
hey, menangis tu bagus tahu?
sudah. cukup.
sekarang aku nak kau kuat.
sudah. berikan hati kau pada orang lain.
kawan. kuatlah.
kau jangan lemah.
kau tak layak di sampah.
kau manusia. ada hati. ada rasa.
kuatlah. aku ada dengan kamu.
kau. aku. zera. richie.
hey, kita kawan baik bukan?

Monday, May 18, 2009

Serabut

Sering aku biar ruang ini terbiar, tidak di kemaskini.
hati aku tiada untuk ini. fikir aku bukan untuk ini.
aku serabut memikirkan hidup yang serabut.
aku serabut memikirkan diri yang serabut.
aku serabut memikirkan satu yang akan meninggalkan.
aku serabut memikirkan macam macam hal yang buat aku serabut.

*mengeluh*

aku penat sudah. aku ingin lari. aku ingin tenang.
aku ingin laut. biar aku berbaring. biar bayu pantai berfikir untuk aku.
biar dia bawa semua serabut fikir aku. aku ingin tenang.
hidup.
kenapa terlalu payah.
tapi betul kata idola aku.
"walau macam mana celaka pun hidup itu, ia tetap kehidupan"
hidup perlu di teruskan.

Friday, May 1, 2009

Masih ada harapan?

Sepi.
Kala fikiran serabut.
Diam.
Pikir masa depan.
Sunyi.
Pikir harapan dua orang tua itu.
Senyap.
Pikir harapan kendiri.
Gelap.
Masih ada harapan untuk aku?
Diam.
Tuhan.
Tolong.

P/S- Malam Jangan Berani Kamu Kalih Siang Kerana Aku Takut Akan Hari Esok.

Wednesday, February 25, 2009

aku tak mau

ada suara yang berbisik
mari kita berseronok?
macam dulu-dulu?
lepak-lepak sampai lebam
menari sampai pagi
bukan tu jiwa kau?
muzik menari beseronok?
itu semua perkara lepas
yang bawa aku pergi
tempat yang gelap
rendah bawah kosong!
aku tak mahu!
masalah tak selasai!
aku seronok cuma ketika itu?
tapi bila aku duduk seorang
dalam bilik aku yang gelap itu
kosong.........

Sunday, February 22, 2009

Hari Ini

seperti biasa..
meneruskan kehidupan dengan senyuman..
hari ini penuh keseronokan..
andai esok tiada lagi..
kenangan hari ni pasti abadi..
andai esok datang..
kenangan ini juga akan sentisa di ingati..

Satu : Perlawanan Bowling Intercourse. Kalah. Tapi Seronok.
Dua : Hari ini kami pegi menonton di pangung. Hepi.